Dengar Suria

Hiburan

Ziarah kubur setiap hari, Harun Hashim menangis terkenang arwah isteri

KEHILANGAN isteri tercinta memberi kesan yang cukup mendalam buat pelakon Harun Hashim.

Meskipun sudah enam bulan berlalu, kata Haron, 70, dia masih menziarahi kubur Allahyarham Sakinah Ganjali setiap hari bagi melepas rindu.

Malah dia juga memilih untuk berpindah ke kawasan berdekatan dengan tanah perkuburan tempat isterinya disemadikan di Kampung Bukit Hijau, Jeram, Selangor.

Setiap hari Harun melawat kubur isteri.

“Sekarang saya tinggal berdekatan dengan kubur Allahyarham.

“Hari-hari saya melawat kubur dia, saya pun duduk seorang diri sekarang,” katanya kepada mStar.

Harun berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran program Haji TV AlHijrah: Menyambut Panggilan-Mu di Tamu Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri pelakon Harun Hashim meninggal dunia akibat kanser payudara

ARTIKEL BERKAITAN:[V] Pempengaruh ‘mabuk spotlight’, Azhan Rani nasihat graduan jangan melatah

Berkongsi kenangan bersama, Harun menyifatkan arwah seorang isteri yang solehah kerana sering menjadi pendamping ketika hayat bersama.

Sukar melupakan pengorbanan isterinya itu, dia juga akui air mata sentiasa mengalir kerana terlalu sedih.

“Selama ini dia menemani saya ke mana saja, dialah yang jaga jadual kerja termasuklah tolong tengokkan ‘waze’.

Harun dan Azhan bergabung dalam telefilem Bilal dan Abah.

“Jadi bila dia sudah tiada, memang terasa sangat kekosongan dan kesunyian itu. Saya bagaikan patah sebelah kaki.

“Sampai sekarang saya masih lagi menangis. Tapi tak ada siapa yang tahu kesedihan yang saya tanggung,” ujarnya.

Untuk rekod, Allahyarham Sakinah meninggal dunia pada usia 48 tahun akibat kanser payudara pada November tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

0%