Suria7
Background

Suria Petang

Jadikan kesesakan petang anda lebih lancar dengan mendengar Suria Petang bersama Tyzo dan Rara setiap Isnin hingga Jumaat, 3.00 petang hingga 7.00 malam!

Waktu Rancangan
3.00 petang – 4.00 petang
Test Line :
Cerita / Kisah gosip yang diambil daripada blog / akhbar online / media sosial
4.00 petang – 5.00 petang
Test Power :
Rara dan Tyzo akan pilih satu lagu di awal jam, pendengar akan buat pilihan lagu siapa yang akan dimainkan di hujung jam.
Ada Brainy? :
Pendengar perlu menjawab 10 soalan mudah dalam masa 60 saat.
5.00 petang – 6.00 petang
Kutu Karoks :
2 pendengar akan berkaraoke. Undian whatsapp tertinggi akan dikira sebagai pemenang pada hari tersebut.
6.00 petang – 7.00 malam
Gebang Petang :
Topik / Sembang santai masyarakat berbentuk provokasi.

Profil Penyampai

Tyzo

Satu-satunya hero di Suria Petang yang berkarakter mulut laser ini merupakan seorang pelakon, pengacara TV dan juga pengacara majlis.

Mula berkecimpung dalam bidang radio sebagai penyampai pada tahun 2004, Tyzo juga pernah merakamkan beberapa buah lagu disamping mempunyai syarikat perniagaan sendiri.

Apa yang peminat tidak tahu mengenai Tyzo adalah beliau sukakan motor berkuasa tinggi.

Tiga perkara yang menggambarkan TYZO: Sukar senyum, gelak dan lebih suka bersendiri.

Rara

Bertindak sebagai kakak dan pendamai antara Tyzo dan Suraya, Sharifah Shahirah atau Rara melengkapkan trio Suria Petang.

Ibu kepada 5 orang cahaya mata yang berkarakter komedi ini juga aktif dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

Gemar membeli-belah, Rara juga gemar menonton televisyen dan makan!

Apa yang peminat tidak tahu pasal Rara adalah beliau tidak banyak cakap di rumah.

Tiga perkara yang menggambarkan RARA: Cakap tak berhenti, muka garang tapi hati baik, jenis tak boleh berhutang dengan orang.

0%