Dengar Suria
Background

Morning Morning Suria

Meriahkan pagi anda bersama penyampai Morning Morning Suria, Ajak dan Fad setiap Isnin hingga Jumaat, seawal jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi!

Waktu Rancangan
6.00 pagi – 7.00 pagi
Ulangan Terbaik Morning Morning Suria :
Ulangan Terbaik Morning Morning Suria semalam.
Berita Viral :
Perkongsian isu-isu global, semasa atau viral yang sedang hangat diperkatakan.
Warong Kopi Suria :
Borak bersama pendengar untuk mereka berkongsi ‘mood’ dan ‘plan’ mereka sempena hari itu melalui WhatsApp atau panggilan telefon.
7.00 pagi – 8.00 pagi
Berita Viral :
Perkongsian isu-isu global, semasa atau viral yang menjadi perhatian masyarakat atau sedang hangat diperkatakan.
Refleksi di Suria :
Sketsa penyampai Morning Morning Suria dan Ustaz Amin dalam membincangkan masalah semasa pendengar termasuk isu agama, adab, keluarga dan masyarakat.
Borak Pagi (Isnin – Khamis) :
Topik berkaitan isu-isu semasa, cinta, kekeluargaan, masyarakat akan dibincangkan. Pendengar boleh berkongsi pandangan dan pengalaman mereka berkaitan dengan topik hari itu.
8.00 pagi – 9.00 pagi
Borak Pagi (Isnin – Khamis) :
Topik berkaitan isu-isu semasa, cinta, kekeluargaan, masyarakat akan dibincangkan. Pendengar boleh berkongsi pandangan dan pengalaman mereka berkaitan dengan topik hari itu.
Refleksi di Suria (Jumaat) :
Pendengar boleh berkongsi masalah semasa mereka termasuk isu agama, adab, dan keluarga bersama Ustaz Amin.
9.00 pagi – 10.00 pagi
Lim Tat Led Box Karaoke :
Pendengar boleh memilih sebuah lagu 90an yang paling bermakna dalam hidupnya dan berkongsi kenangan disebalik lagu tersebut.
Ulangan Terbaik Morning Morning Suria :
Ulangan Terbaik Morning Morning Suria hari itu.
Refleksi di Suria :
Sketsa penyampai Morning Morning Suria dan Ustaz Amin dalam membincangkan masalah semasa pendengar termasuk isu agama, adab, keluarga dan masyarakat.
Berita Viral :
Perkongsian isu-isu global, semasa atau viral yang menjadi perhatian masyarakat atau sedang hangat diperkatakan.

 


Profil Penyampai

Ajak

Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi B.Razak merupakan seorang pelawak, pengacara dan pelakon yang berasal daripada Kluang Johor.

Terkenal dengan gelaran Baba, Ajak merupakan seorang yang bersifat penyayang dan suka melayan anak-anak.

Perkara yang peminat tidak tahu mengenai Ajak ialah beliau seorang yang lembut hati.

Tiga perkara yang menggambarkan AJAK : Simple, Realistik dan Pendiam.

Fad

Muhammad Fadzlie Mohd Nizam atau lebih dikenali sebagai Fad Bocey (lahir 13 Februari 1991) merupakan pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio Malaysia.