KECOH di media sosial apabila sekumpulan pekerja warga asing bertindak melakukan demonstrasi di sebuah hotel sekitar Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Jumaat.
Dalam video tular berdurasi kurang dari dua minit itu, kelihatan sekumpulan individu berkumpul di perkarangan hotel yang terletak bersebelahan dengan Balai Polis Trafik Seberang Perai, Pulau Pinang.
Mereka pada awalnya mengerumuni sebuah van berwarna putih yang diparkir di laluan hotel terbabit, namun tidak dipastikan punca sebenar tindakan mereka yang rata-ratanya dipercayai warga Bangladesh.