TULAR di media sosial satu insiden yang memaparkan sikap mulia seorang pemandu yang enggan menerima bayaran RM200 selepas keretanya bergesel dengan sebuah kenderaan lain di bahu jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Universiti, Skudai, Iskandar Puteri, Johor.
Rakaman video kejadian yang dikongsi pengguna TikTok, @kujiecats, menunjukkan pemandu Toyota Vios berkenaan, yang memakai baju kuning menolak tawaran bayaran penuh daripada pemandu yang dikenali sebagai Angah, meskipun Angah mengakui kesilapan dan cuba menghulurkan wang sebagai pampasan.
Sebaliknya, pemandu Vios itu hanya meminta RM80 sebagai ganti rugi dan meminta Angah kembali ke keretanya.





