SEORANG lelaki dipercayai pemilik bengkel membaiki motosikal berdepan kejadian pelik selepas menerima ‘tetamu tidak diundang’ semasa mahu menutup premisnya pada Isnin.
Ia selepas sebuah motosikal yang dinaiki dua individu secara tiba-tiba memasuki kedainya tanpa diketahui tujuannya.
Lebih mengejutkan, dua motosikal polis kemudiannya turut memasuki premis berkenaan, dipercayai kerana mengejar kedua-dua lelaki tersebut.