TULAR satu kejadian menyaksikan seorang pengemis wanita mengamuk di depan sebuah kedai makan dekat medan selera di Klang, Selangor.
Menerusi video dimuat naik di TikTok yang tular sejak Isnin itu, wanita terbabit yang memakai baju berwarna putih dan berseluar pendek itu dilihat duduk di salah sebuah meja di hadapan kedai terbabit.
Bagaimanapun, dia kemudiannya dilihat secara tiba-tiba bangun dan bertindak mencurah buang air minuman yang disediakan di dalam satu balang besi di salah satu meja berdekatan ke lantai.