SEORANG wanita dan dua anak perempuannya berdepan dengan detik menakutkan selepas mereka menjadi mangsa rompakan seorang lelaki di rumah sendiri yang berlokasi di Subang Jaya, Selangor pada Rabu.
Kejadian itu turut dirakam kamera litar televisyen (CCTV) milik mangsa dan video insiden itu juga menjadi bualan ramai selepas ia mula tular sejak pagi Khamis.
Melalui maklumat awal yang dikongsikan oleh pengguna aplikasi WhatsApp, rompakan itu dikatakan berlaku di kawasan perumahan berdekatan SS14.