SEORANG penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kenderaan dalam satu kejadian di Putra Heights, Selangor pada Sabtu.
Kejadian yang berlaku di sebuah simpang tiga itu turut dirakam kamera papan pemuka (dashcam) pengguna jalan raya yang berada di tempat kejadian.
Kemalangan tersebut difahamkan berlaku kira-kira pukul 5.20 petang.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
BACA LAGI: [VIDEO] Wanita Peru histeria lihat rakan hilang nyawa dihempap mesin pemampat
Berdasarkan video berdurasi kurang seminit itu memaparkan mangsa dilihat berhenti di persimpangan lampu isyarat untuk membelok ke arah kanan sebelum dirempuh sebuah kenderaan jenis Perodua Axia.
Impak rempuhan itu menyebabkan mangsa melambung beberapa meter ke hadapan.
‘Semoga kematian terbela’, lelaki sayu lihat rakaman rakan sendiri melambung dirempuh kereta di Putra Heightshttps://t.co/wdEa3pDBdd pic.twitter.com/H8fGR3MtTR
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) November 18, 2024
Turut kedengaran suara pemilik dashcam menjerit kejadian.
“ALLAHuakbar, ALLAHuakbar, anak kecil B, anak kecil B. ALLAHuakbar.
“B***h kereta ini,” katanya.
Dalam pada itu, mangsa hanya dilihat terbaring kaku dan kelihatan pemandu kereta yang melanggar mangsa berlari keluar dari keretanya menuju ke arah mangsa.
Sementara itu, rakan mangsa, Namaku Nazrul melalui satu hantaran di Facebook pada Sabtu mengharapkan kematian rakannya itu dapat pembelaan yang sewajarnya.
“Semoga kematian arwah sahabatku Mohd Azuan Abd Rahim terbela. M*****t punya driver (pemandu).
“Melambung sahabat aku itu kau buat,” tulisnya.
Menurut Nazrul lagi, jarak kemalangan tersebut hanya dua kilometer sahaja dari rumah mangsa.
Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna media sosial yang juga saksi kejadian, Zulkifli mendakwa pemandu Axia berkenaan meluru laju kerana mengejar lampu isyarat hijau.
“Axia kejar lampu hijau, saya siap ambil gambar pemandu kereta yang langgar itu. Saya lalu tadi pun kejadian baru berlaku lima hingga tujuh minit.
“Ada brother (saksi) cakap Axia kejar lampu hijau. Nasib baik pemilik dashcam orang Sabah ini sudah bagi video pada polis,” tulisnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan kejadian terbabit.
Katanya, seorang pembantu stor maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah Perodua Axia ketika mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat di Persiaran Putra Perdana, Putra Heights pada Jumaat.
“Setibanya di lokasi kejadian kira-kira pukul 5.20 petang mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC135 berhenti di persimpangan lampu isyarat untuk ke kanan.
“Siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun datang dari arah Subang Jaya ke arah Putra Heights dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta jenis Perodua Axia.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Tambah beliau lagi, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
“Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 0173012621.
“Orang ramai juga boleh menghubungi atau tampil ke mana-mana balai berhampiran jika mempunyai maklumat berkaitan,” katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram