SEBUAH pusat perlindungan kucing terbakar mengakibatkan beberapa ekor haiwan peliharaan itu mati di kediaman flat Camar Taman Perling, Johor Bahru, Johor pada Rabu.
Kejadian dipercayai berlaku lewat malam itu tercetus ketika pemilik premis berkenaan berada di luar negeri ekoran hal kecemasan.
“Saya pemilik shelter, saya tiada masa kejadian, rush (bergegas) ke kampung kerana anak saudara saya meninggal dunia kemalangan jalan raya petang hari yang sama,” kata azue0109.