SATU kejadian pecah rumah dilaporkan berlaku di Taman Orkid, Simpang, Renggam, Johor pada awal pagi Jumaat.
Dalam kejadian pada pukul 3.23 pagi itu, suspek berjaya membawa lari sebuah kereta Perodua Axia berwarna kuning, wang tunai beserta barangan kemas.
Satu video berdurasi dua minit 13 saat, diambil daripada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi turut tular di media sosial, menyaksikan kelibat seorang individu dipercayai suspek sedang berdiri di hadapan sebuah rumah di kawasan kediaman tersebut.