PENDUDUK di sekitar Sungai Besar, Sekinchan, Selangor berdepan detik cemas apabila dilanda bencana puting beliung pada awal pagi Khamis.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi itu mengakibatkan kediaman di kawasan sawah musnah dibadai ribut taufan.
Deretan kedai dan rumah inap desa antara yang terjejas dengan atap dan bumbung bangunan terbabit kelihatan terbang melayang dalam kejadian tersebut.