LANDASAN di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), Kuching, Sarawak ditutup sementara sehingga pukul 3 petang Isnin bagi memberi ruang kepada operasi membawa keluar sebuah pesawat yang terkandas di kawasan berkenaan.
Malaysia Airports dalam satu kenyataan mengesahkan insiden tersebut melibatkan sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), jenis CN-235, yang dilaporkan terkandas di landasan pagi Isnin.
Sehubungan itu, Notis kepada Anggota Udara (NOTAM) telah dikeluarkan, sekaligus menyebabkan semua operasi penerbangan di lapangan terbang tersebut tergendala buat sementara waktu.