TULAR video dua wanita melakukan kekasaran terhadap kanak-kanak di sebuah taska di Johor Bahru, Johor pada baru-baru ini.
Rakaman video kejadian tersebut dikongsikan seorang individu kepada laman Facebook mynewshub pada Rabu.
Melalui maklumat awal yang dikongsikan individu berkenaan mendakwa kedua-dua wanita tyang dipercayai bekerja sebagai pengasuh di taska tersebut bertindak kasar dengan kanak-kanak yang berada di premis berkenaan.