TULAR satu video memaparkan beberapa bot nelayan di Bagan Teo Chew, Pulau Ketam, Selangor musnah dalam kebakaran pada Jumaat.
Melalui maklumat awal yang dikongsikan, kebakaran itu turut merebak ke beberapa buah buah rumah kediaman di lokasi kejadian.
Dalam video tersebut, turut kelihatan beberapa penduduk tempatan berkumpul beramai-ramai di suatu tempat lapang melihat kebakaran tersebut.