SEORANG warga emas yang menunggang motosikal secara melawan arus di Senai, Johor pada Selasa mengejutkan pengguna jalan raya apabila tindakannya tersebut dirakam dan tular di media sosial.
Difahamkan, lelaki berusia 80 tahun itu merupakan penghidap penyakit Alzheimer dan rupa-rupanya keluar rumah tanpa pengetahuan keluarga, selain menerima video ayahnya menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda dari kenalan.
Menurut laporan yang dibuat oleh anak mangsa di Balai Polis Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor, kejadian disedari sekitar pukul 10.20 pagi apabila dia dimaklumkan oleh abangnya bahawa ayah mereka telah keluar dari rumah di Bukit Aping Barat, Kota Tinggi.