Dengar Suria

Viral

[VIDEO] Nahas 17 kenderaan ‘bumper to bumper’ Lebuhraya BKE, trafik ke Kulim sesak lebih 5 jam

LALUAN menuju ke Kulim, Kedah di Lebuhraya Butterworth–Kulim (BKE) sesak teruk pagi Isnin apabila berlaku kemalangan melibatkan kira-kira 17 kenderaan, termasuk beberapa buah motosikal.

Kemalangan dipercayai berlaku sekitar pukul 6.30 pagi ketika hujan lebat, menyebabkan laluan paling kanan lebuh raya menjadi licin dan berbahaya.

Rakaman video kejadian yang tular di media sosial memaparkan beberapa buah kereta berlanggar antara satu sama lain, dengan beberapa kenderaan mengalami kerosakan teruk dan perlu ditunda keluar dari laluan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%