“SUAMI saya telah pergi tengok kamera litar telivisyen tertutup dan melihat pelaku mencubit dan menghempuk kepala Rania ke lantai,” kata seorang wanita, Rin Azmin mendakwa anak perempuannya didera pengasuh baru baru ini.
Melalui perkongsian di laman Twitter (X), wanita berkenaan turut mendakwa menyedari anaknya itu didera selepas mendapati ada kesan cubitan di pipi kiri dan lengan anaknya pada Rabu lalu.
“Suami telah mengambil Rania dari taska pada pukul 6 petang dan kakitangan bernama Athirah (pendera) Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) berkenaan memaklumkan dia terlanggar Rania waktu bermain bersama kanak-kanak lain.