SEBUAH lori membawa muatan beras dirakam terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan kawasan Pedas, Negeri Sembilan pada Khamis.
Dalam satu video tular di laman media memaparkan kenderaan itu terbalik yang sekali gus mengakibatkan puluhan kampit beras pecah dan bertaburan atas jalan raya.
Dengan isu harga beras import yang membelenggu rakyat ketika ini, ia sekali gus mengundang pertikaian warganet yang menyoal ke manakah destinasi bekalan itu ingin dibawa.