ISU kecurian kabel di Sabah semakin kerap dilaporkan berlaku sehingga menjejaskan kehidupan seharian penduduk Negeri Di Bawah Bayu itu.
Malah, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe sebelum ini juga pernah memaklumkan bahawa kegiatan itu sudah menjadi satu krisis yang besar di sesetengah lokasi seperti Kota Kinabalu.
Seperti yang tular baru-baru ini, seorang lelaki dipercayai dengan selamba mencuri kabel yang terletak di tepi jalan raya dekat Semporna, Sabah.