SATU kemalangan tragis dilaporkan berlaku di Lebuhraya Besraya, Sungai Besi, Kuala Lumpur membabitkan seorang penunggang motosikal dan kereta pada Rabu.
Dalam kejadian tersebut, penunggang terbabit dirakam menunggang laju di lorong kecemasan sebelum merempuh sebuah kereta yang berhenti di laluan terbabit.
Gagal menekan brek dan mengelak, penunggang itu kemudiannya terjatuh dan tercampak ke tengah jalan sekali gus menyebabkan kenderaan lain di belakang berhenti untuk melihat keadaannya.





