KONVOI enam kereta mewah dari Singapura bertukar tragedi selepas tiga daripadanya rosak teruk akibat terlibat kemalangan di Kilometer 63 Jalan Yong Peng-Kluang, Kluang, Johor pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Nor berkata, insiden tersebut yang berlaku pada pukul 9 pagi melibatkan tiga kereta mewah jenis Maclaren M4.
“Kemalangan berlaku apabila tiga kereta tersebut dari arah laluan yang sama dan apabila tiba di tempat kejadian, Maclaren M4 pertama telah memperlahankan kenderaannya kerana mahu masuk ke simpang kanan manakala Maclaren M4 kedua di belakang menekan brek.