SEORANG pemilik kereta meluahkan kekecewaannya terhadap sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk di Flat Columbia, AU2, Keramat, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi video tular di media sosial sejak Jumaat, keretanya didakwa dirosakkan oleh seorang penduduk yang berang selepas dia bertindak meletakkan kenderaannya di satu petak parkir kosong.
Dalam video sama, pemilik itu mendakwa cermin sisi dipatahkan dan kesemua pintu keretanya diconteng dengan tulisan ‘Nal Parkir’ menggunakan cat jingga.