TINDAKAN seorang peniaga di Hanoi, Vietnam menghalau satu keluarga pelancong yang didakwa berasal dari negara haram Israel dan berbangsa Yahudi menerima pujian dalam kalangan warga maya baru-baru ini.
Manakan tidak, peniaga itu dilihat lebih rela menanggung kerugian daripada menerima pelanggan berkenaan gara-gara kekejaman yang dilakukan rejim Zionis ke atas Palestin.
Bukan itu sahaja, pemilik premis berkenaan turut kelihatan tegas dalam menyatakan solidariti bersama Palestin dengan meletakkan pelekat ‘Free Palestin’ di papan tanda kedai.