SEBUAH rakaman tular apabila berlakunya kebakaran kabel bawah tanah dipercayai di Kulim, Kedah pada Sabtu.
Dalam rakaman yang berdurasi 32 saat itu, dapat dilihat berlakunya letupan kecil yang menghasilkan api marak berdekatan dengan kawasan perumahan iaitu La Casa Luna, Lunas, Kulim.
Kebakaran tersebut menyebabkan bekalan elektrik di kawasan sekitar seperti Taman Makmur terputus dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu memulihkannya. Dilaporkan, bekalan elektrik kembali seperti biasa pada 9.30 malam hari yang sama.