SATU cubaan merompak bersenjata dilaporkan berlaku di sebuah kediaman di Puncak Alam 2, Selangor pada Sabtu minggu lalu.
Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) dikongsikan pengguna akaun Facebook, Khairul Ezuwan pada Isnin, cubaan itu bagaimanapun gagal disebabkan kepekaan pemilik rumah terhadap keadaan sekeliling.
Pengguna tersebut juga mendedahkan modus operandi baharu yang digunakan individu terbabit ketika cuba memecah masuk ke dalam rumah.