DUA penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori yang merempuh konvoi polis dan kereta orang awam di Putrajaya pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya akan memberikan butiran lanjut mengenai kemalangan dan identiti mangsa dalam masa terdekat.
Terdahulu kejadian itu tular selepas rakaman kemalangan dikongsikan orang awam di Twitter.