Dengar Suria

Viral

[VIDEO] Dah macam perarakan merdeka, gerombolan geng RXZ kena ‘pukat’ di Kuala Nerus

HASRAT untuk sama-sama meraikan hari terakhir program Himpunan RXZ Members 5.0 di Kuala Terengganu, Terengganu pada Sabtu terbantut apabila puluhan pemilik motosikal Yamaha RXZ ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kejadian yang berlaku di hadapan Wisma KOKITAB itu dirakam orang awam yang berada di lokasi kejadian, sebelum dikongsikan di laman media sosial pada hari yang sama.

Video berdurasi 30 saat itu menunjukkan puluhan pemilik terpaksa menolak motosikal mereka ke satu lokasi sambil diawasi oleh pihak penguatkuasa.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%