PENDUDUK di kawasan berhampiran Jalan Sultanah, Batu Pahat, Johor digemparkan dengan penemuan seorang mayat lelaki yang ditemui dalam sebuah longkang pada petang Khamis.
Menurut perkongsian ramai di laman media, mayat terbabit dijumpai terperangkap dalam longkang terbabit yang sekali gus mengundang perhatian orang awam di tempat kejadian.
Beberapa individu kemudiannya difahamkan melaporkan perkara itu kepada pihak polis selepas terhidu bau busuk di kawasan tersebut.