PEMILIK kereta jenis Perodua Aruz berdepan detik-detik cemas apabila terlibat dalam satu kemalangan di simpang empat di Simpang Air Kuning, Kampung Gajah, Perak pada Ahad lepas.
Menerusi video papan pemuka (dashcam) dimuat naik di Facebook Viral Perak pada Selasa, kemalangan itu juga melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dilihat keluar dari simpang tersebut secara laju.
Dalam video sama, pemandu Aruz dilihat tidak sempat mengelak dan terus merempuh Bezza berkenaan sebelum terbabas ke tepi jalan.