SEORANG lelaki dipercayai maut selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika menukar tayar kereta di lorong kanan jalan berhampiran aman Nusa Damai, Pasir Gudang, Johor pada Jumaat.
Menerusi video tular mengenai insiden terbabit, mangsa yang menggunakan kereta jenis BMW itu dilihat terbaring parah di lorong akibat impak rempuhan yang melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Axia.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 7.30 pagi dengan terdapat pengguna jalan raya lain turut berkongsikan foto memaparkan mangsa berhenti di laluan berkenaan bagi menukar tayar sebelum kejadian.