PERJALANAN seorang mualaf pasti penuh dengan cabaran, namun bagi saudara baru berbangsa Cina, Christina Chew, keberaniannya melangkah masuk ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur untuk berbuka puasa bersama umat Islam yang lain menyentuh hati ramai.
Dalam satu hantaran di Facebook, Christina berkongsi perasaan gementarnya sebelum memasuki masjid itu.
“Saya takut… macam mana kalau orang pandang saya?” luahnya sambil cuba mengenakan telekung yang dibelinya.