DUA wanita kerugian ribuan ringgit selepas rantai emas milik mereka diragut oleh seorang lelaki di Bandar Parklands dekat Klang, Selangor pada Isnin.
Kejadian itu juga berjaya dirakam oleh premis kedai runcit milik salah seorang mangsa dan tular di aplikasi WhatsApp pada hari yang sama.
“Hati-hati, kejadian ragut di Bandar Parklands, Klang. Dua wanita jadi mangsa,” tulis individu yang berkongsi video berkenaan.