PIHAK pengurusan agensi kreatif negeri Perak, People of Remarkable Talents (PORT) mengemukakan permohonan maaf atas insiden tarian ekstrem dilakukan sebahagian penonton sewaktu Konsert PORT Fest 2023 di Dataran Ipoh pada 20 Ogos lalu.
Pengurus Besar PORT, Nur Hanim Mohamed Khairuddin berkata, tarian yang dilakukan penonton ketika konsert berkenaan berlaku di luar kawalan mereka.
Menurutnya, PORT Fest 2023 yang berlangsung selama dua hari bermula 19 Ogos lalu itu merupakan sebuah festival yang dijalankan untuk mengetengahkan pelbagai sisi seni kreatif dan budaya.