PENIAGA makanan, Maziah Abdullah Maziah Awie meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendapati ada pihak yang menjual mercun di Bazar Ramadan Ayer Baloi, Johor sedangkan tapak bazar tersebut sepatutnya dikhaskan untuk penjual makanan.
Pendedahannya menerusi laman Facebook, Maziah Abdullah Maziah Awie menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen sejak dimuat naik pada Ahad.
Maziah berkata, peniaga makanan perlu melalui pelbagai prosedur ketat sebelum dibenarkan berniaga di bazar.