ACARA Pra-Pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTD) yang dijadual berlangsung Sabtu ini di hadapan Surau Warisan Dunia, berdekatan Bangunan Stadthuys dekat Jasin, Melaka menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk tempatan.
Manakan tidak, penganjuran program itu disifatkan tidak wajar memandangkan lokasinya yang terletak di hadapan sebuah rumah ibadah umat Islam, sekali gus mencetuskan perdebatan di media sosial.
Seorang pengguna media sosial, Qasturi yang mendakwa lebih 10 tahun menguruskan surau berkenaan, meluahkan rasa kecewa terhadap penganjuran program tersebut.