Dengar Suria

Viral

Pelajar cemerlang SPM hampir dibuang sekolah meninggal dunia, guru kongsi kisah menyentuh hati

DI saat media sosial dihujani dengan kisah kejayaan dan kegembiraan pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Khamis, satu luahan hiba oleh seorang guru di Facebook telah menyentuh hati ramai.

Cikgu Muslim Ismail, berkongsi kisah menyayat hati mengenai seorang bekas pelajarnya yang baru sahaja pergi menghadap Ilahi hanya beberapa hari sebelum keputusan SPM diumumkan.

Pelajar itu, menurut Muslim Ismail, pernah hampir dibuang sekolah ketika di Tingkatan Empat kerana kerap ponteng, namun dengan usaha berterusan guru-guru dan kaunselor sekolah, dia kembali meneruskan persekolahan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%