SEBUAH syarikat kilang di Bandar Mahkota Banting, Selangor didakwa enggan bertanggungjawab atas kematian pekerjanya yang terkorban dalam insiden dipercayai berlaku pada awal pagi Khamis.
Kejadian itu difahamkan berlaku ketika mangsa dikenali sebagai Ahmad Yuso sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan sebelum terjatuh dari ketinggian 32 meter akibat kemalangan yang berlaku ketika menjalankan tugas.
Mangsa dikatakan meninggal di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah namun, pihak majikan didakwa telah mengarahkan petugasnya mengalihkan kedudukannya serta-merta dan membawa si mati ke hospital bagi menjaga nama baik syarikat.