ORANG ramai, khususnya lepasan sekolah dan pelajar institusi pengajian tinggi di Sarawak, dinasihatkan supaya berwaspada dengan taktik terbaharu sindiket penipuan yang menggunakan helah tawaran menyambung pelajaran di peringkat universiti.
Melalui perkongsian di laman media Facebook Sarawak Awareness pada Isnin mendakwa taktik terbaharu sindiket itu dikesan menggunakan mesej WhatsApp dan Telegram.
Lebih meragukan, mesej itu langsung tidak menyatakan nama universiti yang terlibat dan hanya meminta calon untuk hadir ditemuduga di lokasi tertentu di Sarawak.