SEBUAH kemalangan jalan raya berlaku di Sungai Pelek, Sepang, Selangor pada Sabtu melibatkan sebuah motosikal dan lori.
Kejadian yang berlaku berdekatan Medan Selera Sungai Pelek itu melihatkan motosikal tersebut sudah berada di bawah lori tersebut ketika orang ramai mula mengerumuni lokasi kejadian.
Mengikut laporan, seorang mangsa meninggal dunia dipercayai penunggang motosikal tersebut.