SEORANG lelaki ditemui maut di dalam longkang selepas motosikal dinaiki dipercayai terlibat dalam kemalangan dekat Jalan Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang pada malam Ahad.
Difahamkan, mayat mangsa ditemui oleh orang awam dekat lokasi kejadian.
“Kejadian malam tadi (Ahad), seorang penunggang Motorsikal dari Permatang Janggus Penaga ditemui telah meninggal dunia akibat kemalangan berseorangan.