TAK perlu majlis bertaraf lima bintang, pelamin bertingkat atau busana pereka ternama untuk meraikan hari bahagia.
Itu yang dibuktikan oleh sepasang pengantin muda yang kini tular selepas memilih untuk melangsungkan pernikahan mereka dengan cara paling sederhana, tetapi cukup menyentuh hati.
Majlis pernikahan pasangan yang hanya dikenali sebagai Wan dan Su itu berlangsung di sebuah masjid dengan hanya dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat.