Suria7

Viral

[VIDEO] Sharnaaz Ahmad maki minah saleh kurang ajar sehari selepas jadi pemilik kelab bola sepak

TINDAKAN pelakon Sharnaaz Ahmad yang didakwa mengamuk dalam satu sesi siaran langsung menerusi laman sosialnya yang tular di media sosial sejak Jumaat, meraih perhatian warga maya.

Difahamkan, pertelingkahan kecil melibatkan aktor tanah air itu dengan wanita warga asing berlaku disebabkan masalah parkir.

Berdasarkan rakaman yang dikongsikan, wanita berkenaan dipercayai melarang Sharnaaz untuk meletakkan kenderaannya di kawasan tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Tiga remaja 17 tahun cuba lari pemeriksaan polis di Rawang tiada lesen memandu

BACA LAGI: [VIDEO] Mengamuk tak tentu pasal, polis tahan 3 lelaki tibai pekerja serbaneka di Bentong

Sharnaaz bagaimanapun didakwa enggan mendengar permintaan wanita itu dan bertindak meninggikan suara serta menegaskan bahawa tindakannya adalah tidak salah.

“Saya masih akan parkir di sini. Apa masalah anda? I don’t care (Saya tidak peduli), cakap elok-eloklah.

“Warga asing ini dok buat macam rumah ibu bapa mereka. Sebab itu saya cakap, mereka ini dok buat sempoi saja,” katanya.

Bagaimanapun, punca sebenar dan lokasi kejadian masih belum dapat dikenal pasti sehingga kini.

14

Sharnaaz diumumkan sebagai pemilik kelab bola sepak amatur, Carabat FC.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku sehari selepas jejaka berusia 39 tahun itu diumumkan sebagai pemilik kelab bola sepak amatur, Carabat FC.

Pasukan yang berpangkalan di Selangor dan Kuala Lumpur itu meletakkan sasaran untuk bersaing dalam Liga Super FAS.

“Sebagai seorang yang berwawasan, Mamu (nama panggilan Sharnaaz) memiliki visi yang jelas untuk pasukan ini menguasai lawan dalam setiap perlawanan yang mereka hadapi dengan kekuatan dan keberanian,” tulis kelab berkenaan yang ditubuhkan tahun ini dalam satu kiriman media sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

0%