Suria7

Viral

[VIDEO] ‘Nak roomate macam ni, kadang nak disiplin diri sendiri payah’, ramai harap ada circle macam ‘Ustaz Amri’

TULAR satu video gelagat seorang pelajar lelaki memperingati rakan-rakannya untuk solat sambil menggunakan penyangkut baju yang dilihat seakan-akan ayah meningatkan anak.

Video itu dipercayai dimuat naik pada Selasa menerusi akaun Tiktok milik @Didi and friends yang memaparkan sekumpulan pelajar lelaki masih terbaring diatas katil walaupun sudah diajak solat berkali-kali.

Walaupun dilihat sekadar konten, individu yang dikenali sebagai Faizul Amri itu tegas memperingati rakan-rakannya bahawa untuk berjaya walau bagaimana sekali pun mestilah menunaikan kewajipan solat.

BACA LAGI: [VIDEO] Ustaz Syamsul Debat kongsi 5 amalan ‘power’ elak terkena pukau

BACA LAGI: Situasi Fattah-Fazura boleh jadi pengajaran, ketahui 5 situasi suami boleh fail nusyuz terhadap isteri

Sementara itu, meninjau di ruangan komen, ramai warga maya rata-rata meninggalkan komen positif dan berpandangan bahawa tindakan lelaki itu adalah bagus dan perlu dicontohi.

“Bagus didikan mak dan ayah si Amri ni. Siap boleh guide kawan-kawan untuk solat sama-sama, semoga anak-anak saya juga utamakan solat dalam kehidupan, komen @Aisyah Nur liyana.

“Semoga anak-anak saya mmpunyai akhlak sebegini. Paling tidak pun mempunyai teman macam ni pun dah bersyukur sangat-sangat. Kadang-kadang budak-budak ni cakap ibu bapa kurang dengar dan banyak ikut cakap kawan dan kalau sebegini rakannya, alhamdulillah..,” komen Siti khadijah.

Should be blessed kalau ada orang macam ini di sekeliling kita. Sentiasa ingatkan apa yang perlu buat or not,” komen @oodemure.

“Nak roomate macam ni…sebab kadang nak disiplin diri sendiri ni payah..nak kena ada “figure mak” juga, kata ahmadhaikal.

Rata-rata warga maya turut berharap agar lebih ramai lagi generasi muda memainkan peranan sedemikian dalam menegur berkenaan solat dan bukan lebih meluangkan masa untuk bermain permainan video. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

0%