Suria7

Sukan

[VIDEO] ‘Minta maaf saya kepala’, import Selangor Pistons salah baca ‘arahan’

GELAGAT apit kanan Selangor Pistons, Nonthanan Sombatlay dalam satu video di Facebook sempat mencuri tumpuan peminat tanah air.

Video yang dikongsikan di laman rasmi Facebook Selangor Pistons itu menunjukkan pasukan Lembah Klang tersebut sedang menjalani sesi latihan sebagai persiapan untuk saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2024 bagi Grand Prix (GP) Penang.

Dalam video tersebut, para pemain dilihat terlibat dalam satu aktiviti pagi.

BACA LAGI: [VIDEO] Penyakit tekong berjangkit, Terengganu Turtles pula jadi mangsa KL Thunder

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Tersengih-sengih macam tak serius main’, tekong punca perjalanan Penang Black Panthers terhenti di SPICE Arena

“Aktiviti pagi Selangor Pistons, lain dieja lain dibaca,” katanya di Facebook.

Dalam video tersebut, Zuhri Zain, Jefri Ahmad dan Nonthanan diminta untuk mengucapkan ayat ‘saya minta maaf sebab kalah’.

Walaupun rakan sepasukan berjaya menyebutnya dengan baik, Nonthanan dilihat mengalami kesukaran mengucapkan perkataan ‘kalah’.

Sebagai hukuman, pemain import dari Thailand itu diarahkan untuk mengulang ayat tersebut tanpa bantuan rakan-rakannya.

Namun, Nonthanan tersalah menyebut ‘kalah’ sebagai ‘kepala’ menyebabkan Zuhri dan Jefri tidak dapat menahan ketawa melihat gelagatnya.

Selepas ini, Selangor Pistons akan bertemu PDRM Defenders dalam Kumpulan B aksi yang berlangsung di SPICE Arena, Bayan Baru, Penang pada pukul 3.30 petang Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

0%