SATU cubaan merompak dilaporkan berlaku di sebuah rumah melibatkan dua lelaki di Kulim, Kedah baru-baru ini.
Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial sejak Ahad, kejadian berlaku di perkarangan belakang rumah mangsa.
Dalam kejadian itu, dua lelaki yang menaiki motosikal dilihat menyasarkan beberapa buah rumah sebelum seorang daripadanya menghampiri kediaman mangsa.
BACA LAGI: Kluster wabak misteri dikesan di Yan, lebih 30 pelajar sekolah dijangkiti
BACA LAGI: Santuni mereka selagi daya, kisah guru bantu murid anak yatim jadi teladan
Lelaki terbabit kemudiannya terus menerjah ke dalam rumah dan menarik mangsa ke luar sambil mengambil barang milik mangsa.
Pada masa sama, beberapa lagi individu lain dipercayai ahli keluarga mangsa keluar yang panik keluar dan cuba menghalang percubaan lelaki tersebut.
Seorang lagi rakan lelaki terbabit bagaimanapun bertindak menyelamatkannya dan mereka berdua sempat melarikan diri ketika dikejar pemilik rumah.
Namun, jenis barang dan kerugian mangsa belum dapat dipastikan lagi.
Difahamkan, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.
Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram