BARU-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan kekaguman seorang pengembara dari luar negara mengenai keindahan dan kebersihan Pantai Teluk Cempedak di Kuantan, Pahang.
Klip itu dimuat naik oleh seorang pencipta kandungan pelancongan menggunakan akaun TikTok, travelingsolovlogs pada Ahad lalu.
Menerusi video tersebut, lelaki terbabit yang dipercayai berasal dari Amerika Syarikat (AS) berkongsikan pengalaman positif dialami di pantai tersebut yang merupakan antara tempat tarikan utama di Pahang.