PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terus melangkah dengan lebih baik apabila mara ke suku akhir di Sukan Olimpik Paris 2024.
Aksi cemerlang Zii Jia berjaya menundukkan pemain dari Denmark, Anders Antonsen dengan kemenangan straight set 21-17, 21-15 pada aksi suku akhir di Porte de La Chapelle Arena, Paris, awal pagi Sabtu.
Mengenai kemenangannya, pemain ranking ketujuh dunia itu mengakui gembira dapat menempah slot ke peringkat separuh akhir.