“WHO’S next?“
Itulah persoalan yang timbul dalam kalangan penyokong bola sepak selepas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim menjadi mangsa terbaharu keganasan dua individu tidak dikenali di Johor Bahru, Johor pada Selasa.
Selepas Akhyar Rashid dan Faisal Halim yang mengalami kecederaan serius sehingga terpaksa dirawat di hospital, ramai peyokong mula khuatir akan ada pemain lain menjadi mangsa sehingga menjejaskan karier bola sepak mereka.