WARTAWAN Majoriti, Rahmi Jumriati Jono muncul finalis Top 5 kategori Ulasan Berita Terbaik Media Cetak Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 100Plus 2022 yang berlangsung di Hotel Sunway Resort, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.
Rahmi Jumriati tersenarai sebagai lima finalis terbaik kategori tersebut menerusi ulasan berita bertajuk ‘Dominasi, kamera antara 5 faktor Liga Malaysia makin hanyut‘.
Penyertaan sulung Majoriti dalam penganjuran Anugerah SAM-100Plus 2022 itu sekali gus menyaksikan satu pengiktirafan buat portal Majoriti yang kini sudah mencecah usia dua tahun sejak diperkenalkan pada 2021.